counters

Thursday, August 21, 2014

HARI BERKABUNG MALAYSIA



Pada 22 Ogos 2014, Malaysia telah mengumumkan tarikh ini sebagai hari berkabung bagi tragedi pesawat MH17 yang ditembak di timur Ukraine yang dipercaya jatuh di negara yang sedang bergolak. Hari Bekabung ini diadakan bagi menyambut jenazah-jenazah mangsa maut tragedi tersebut. Di IPG Kampus Perempuan Melaka, para pensyarah, guru pelatih dan kakitangan pejabat memakai baju berwarna suram bagi menghormati hari tersebut. Syukur ke hadrat Ilahi setelah sekian lamanya akhirnya mayat-mayat mangsa tersebut dapat dibawa balik ke Malaysia untuk menyegerakan urusan pengebumian yang sudah tertangguh lebih dari sebulan. Semoga Allah mencucuri roh-roh mereka dengan kerahmatan. In sha Allah.